Covid-19 [10 Mei] : 106 kluster baharu dikesan
Sebanyak 106 kluster baharu dikesan pada minggu ke-18 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster di Malaysia kini adalah berjumlah 1,775 kes. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba "Setakat ini, sebanyak 429 kluster masih aktif di dalam negara sementara 72 kluster ditamatkan pada minggu ke-18 PICK." Menurut beliau lagi, terdapat peningkatan 67 peratus kluster ditamatkan pada minggu ke-18 berbanding minggu sebelumnya. Pecahan daripada 106 kluster baharu yang wujud ini:- 44 kluster baharu daripada tempat kerja […]