music_note

Radio Zamburger

85 Results / Page 4 of 10

Background

Bisnes

PKP 3.0 Stesen minyak buka dari jam 8 pagi sehingga 8 malam

PKP 3.0 bakal menyaksikan beberapa operasi perniagaan dihadkan kepada tempoh waktu tertentu. Berkuatkuasa 25 Mei 2021, operasi kedai makan termasuk bawa pulang hanya dibenarkan dari jam 8 pagi sehingga jam 8 malam. Bagi operasi stesen minyak pula, hanya stesen minyak di lebuhraya dibenarkan beroperasi 24 jam. Bagi operasi pasar malam, waktu dibenarkan beroperasi ialah dari jam 4 petang sehingga 8 malam. Semoga perlaksaan PKP 3.0 kali ini akan dipatuhi semua […]

today22/05/2021 2922

Covid 19

KKM rayu rakyat Malaysia terus kekal kuarantin diri dan kawalan kendiri di rumah

Peningkatan kes COVID-19 masih belum reda. Trend semakin meningkat bahkan merisaukan pelbagai pihak. Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merayu kepada seluruh rakyat Malaysia agar terus kekal untuk melakukan kuarantin diri dan kawalan kendiri di rumah bagi tempoh dua minggu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, langkah itu bertujuan untuk memberi ruang kepada KKM merawat pesakit COVID-19 yang sedia ada. Ujar Dr Noor Hisham “Kita minta dalam […]

today22/05/2021 119

Covid 19

PKP 3.0 Operasi perniagaan dari 8 pagi hingga 8 malam sahaja

Kerajaan pada hari ini memutuskan untuk menghadkan waktu operasi perniagaan di seluruh negara mulai 25 Mei ini hanya dari jam 8 pagi sehingga 8 malam sahaja. Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, penguatkuasaan itu melibatkan seluruh negeri-negeri di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan. Waktu operasi baharu itu meliputi gerai makan, kenderaan bersaji, penjaja, gerai makan atau kiosk: penjualan makanan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran, kedai […]

today22/05/2021 338

Covid 19

Covid-19 (22 Mei 2021) 6,320 kes baharu direkodkan

Menjelang perlaksanaan PKP 3.0, Malaysia terus mencatatkan bilangan kes yang tinggi. Sebanyak 6,320 kes baharu COVID-19 direkodkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes terkini adalah sebanyak 505,115 kes. Selain itu, Kementerian Kesihatan (KKM) turut merekodkan sebanyak 50 kes kematian baharu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 2,199 kes. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat tiga kes import yang menerima jangkitan dari luar negara […]

today22/05/2021 193

Sukan

Perak FC dalam intaian Datuk Seri Vida

DSV terbuka hati untuk menjadi pemilik pasukan Perak FC. Kos pengendalian dan perbelanjaan pasukan adalah antara perkara yang masih di dalam kajian usahawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman sebelum membuat sebarang keputusan untuk menjadi pemilik baharu Perak FC.Datuk Seri Vida berkata ini penting kerana ia melibatkan pelbagai perbelanjaan besar antaranya membabitkan gaji pemain sekali gus memerlukan pelaburan yang bijak untuk mewujudkan situasi menang-menang. Tambah beliau, "Saya masih mengkaji perbelanjaan […]

today21/05/2021 783 1

Highlights

Covid19 (21 Mei 2021) Malaysia rekodkan 6,493 kes

Hari ini, Malaysia merekodkan sebanyak 6,493 jangkitan baharu COVID-19. Dalam tempoh 24 jam lalu jumlah keseluruhan kes kini telah mencecah sebanyak 498,795 kes.Berdasarkan angka terbaharu yang dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia, negeri Selangor masih berada pada kedudukan tertinggi pertambahan kes harian iaitu sebanyak 2,163 jangkitan diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (641 kes) dan Sarawak (612 kes).Berikut merupakan pecahan kes harian mengikut negeri seperti dipetik daripada Twitter Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri […]

today21/05/2021 206

Hiburan

Search jaga nama dan branding

Sidang media kumpulan rock legenda, Search menjadi tumpuan peminat dan media. Search dalam kenyataan memberi masa tujuh hari kepada seorang individu bernama Mozylir Mokhtaruddin untuk menghentikan semua kegiatan yang berkait dengan kumpulan rock terkemuka itu. Dalam sidang media menerusi Instagram Live pada Jumaat, ahli kumpulan Search, Nasir; bekas vokalis, Amy dan anak bekas pemain drum, Allahyarham Yazit memaklumkan, mereka akan memulakan tindakan undang-undang jika pihak Mozylir gagal berbuat demikian. Mozylir […]

today21/05/2021 157

Featured

Perincian PKP 3.0 diumumkan pada Sabtu 22 Mei 2021

Bagi tujuan mengekang kenaikan kes Covid-19, kerajaan telah bersetuju untuk mengetatkan lagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri (PMO), sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari Jumaat telah sebulat suara memutuskan PKP 3.0 melibatkan penambahan sekatan yang lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial. Perincian berkenaan sekatan tambahan PKP 3.0 akan […]

today21/05/2021 250

Highlights

Palsu: Tiada perutusan khas COVID-19 daripada Perdana Menteri – MKN

Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan penafian mesej yang sedang tular yang mendakwa terdapat siaran langsung Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung situasi COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini. MKN menerusi Telegram telah meminta orang ramai supaya menghentikan penyebaran berita tidak benar itu. MKN pada Jumaat berkata "Hentikan penyebaran berita tidak benar. Tidak pasti, jangan kongsi". Poster berupa gambar Perdana Menteri berserta tulisan Perutusan Khas COVID-19, […]

today21/05/2021 205

0%